“Takkan Sampai Umur 70 Tahun Saya Nak Jadi Puteri Lagi” - Tiara Jacquelina

Pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina berharap orang ramai akan menerima watak Gusti Putri yang bakal digalas oleh pelakon lain untuk pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020). Menurut Tiara, dia berharap Puteri Gunung Ledang akan sentiasa segar di ingatan penonton walaupun dengan barisan pelakon baru. “Memang ada sedikit tekanan, setiap hari jadi igauan tapi tak tahulah bagaimana orang akan membandingkan yang lama dengan yang baru.



“Tetapi saya harap mereka akan menerima dengan baik dan berikan reaksi positif, sebab kita pun kena ‘move on’. Saya pun takkanlah sampai umur 70 tahun nak jadi puteri lagi, tidak sesuai pula dengan watak itu. “Saya rasa wajar untuk Puteri Gunung Ledang ini sentiasa diceritakan turun-temurun dengan pelakon baru supaya segar diingatan dan juga penonton-penonton baru.


“Bagi yang dah menonton yang terdahulu, mereka boleh bawa anak-anak mereka datang tonton PGL versi baru supaya anak-anak kita membesar tidak hanya kenal Cinderella, Moana dan Hercules,” katanya kepada Gempak. Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin. Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane dan Khir Rahman. Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.


Astro Gempak, 25 November 2019

0 views
  • Facebook
  • Instagram
  • Black Twitter Icon
  • YouTube

©2020 by Enfiniti (M) Sdn. Bhd. www.enfiniti.com.my

pglthemusical@gmail.com Enfiniti (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia