Magis Kembali, Puteri Gunung Ledang The Musical Is Back! Tak Sabarnya!


Selepas hampir 10 tahun dipentaskan, pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) bakal menemui penonton pada Julai 2020. Berita itu diumumkan oleh penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina pada majlis ulang tahun Enfiniti ke-21 bertempat di MaTiC, Ampang hari ini. Bagaimanapun kata Tiara, penglibatannya kali ini adalah sebagai pengarah untuk teater muzikal berkenaan. “Kalau dulu saya berlakon, sekarang saya ingin mengarah pula. Ini merupakan cabaran terbesar saya selepas pementasan teater Ola Bola The Musical.


“Tidak sama seperti sebelum ini, pementasan kali ini sudah pasti akan memberikan kelainan dengan kehadiran pelakon-pelakon yang berbeza. “Saya akan mengadakan sesi ujibakat untuk mencari Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan watak-watak lain yang terlibat dalam pementasan ini.

“Saya tidak meletakkan had umur, terbuka untuk semua. Sesiapa sahaja boleh sertai ujibakat termasuklah selebriti,” katanya. Tiara akan memaklumkan maklumat terkini mengenai sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical menerusi platform media sosial Enfiniti di Instagram @enfinitimy. Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin. Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane dan Khir Rahman. Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.


Astro Gempak, 15 Oktober 2019

0 views
  • Facebook
  • Instagram
  • Black Twitter Icon
  • YouTube

©2020 by Enfiniti (M) Sdn. Bhd. www.enfiniti.com.my

pglthemusical@gmail.com Enfiniti (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia