7 Syarat Puteri Gunung Ledang Untuk Membasmi COVID-19... Kreatifnya!

Jika bercakap mengenai legenda Puteri Gunung Ledang, pastinya orang ramai akan ingat mengenai tujuh syaratnya.


Puteri Gunung Ledang dikatakan meletakkan tujuh syarat untuk Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka yang mahu meminangnya.


Mahu menolak pinangan Sultan Mahmud secara halus, Puteri Gunung Ledang dikatakan mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan iaitu:


#1 Satu jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.

#2 Satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.

#3 Tujuh dulang hati nyamuk.

#4 Tujuh dulang hati hama.

#5 Tujuh tempayan air mata anak dara.

#6 Tujuh tempayan air pinang muda.

#7 Semangkuk darah Sultan Ahmad Shah, anak Sultan Mahmud Shah yang masih lagi kanak-kanak.


Itu merupakan cerita legenda dahulu kala, kisah Puteri Gunung Ledang.


Berbeza pula dengan Puteri Gunung Ledang The Musical 2020 (PGL2020), mereka turut meletakkan tujuh syarat terbaru.


Syarat terbabit pula bersesuaian dengan situasi semasa iaitu penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia.


Menerusi laman Instagram penerbit PGL 2020, Enfiniti (M) Sdn Bhd (@enfinitymy), mereka mempersembahkan tujuh syarat untuk melawan COVID-19!


#1 Duduk di rumah!

#2 Jika perlu keluar rumah, jaga jarak anda dengan orang lain, sekurang-kurangnya enam kaki!

#3 Jika harus bersapa dengan orang, tak perlu bersentuhan, hanya lambai sahaja!

#4 Jika batuk atau bersin, gunakan tisu dan terus buang dalam tong sampah.

#5 Jika anda kurang sihat, kuarantin diri anda dan dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

#6 Jika anda perlu menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih!

#7 Kebersihan adalah kunci utama!


Di ruangan komen entri terbabit, ramai memuji usaha kreatif Enfiti untuk mengekang wabak COVID-19!


PGL2020 dijadualkan bakal kembali menggegar Istana Budaya bermula 3 Julai 2020.


Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.


Filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofia Jane dan Khir Rahman.


Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.


Untuk sebarang informasi mengenai PGL2020, layari laman web pglmusical.com.


Gempak, 20 March 2020

68 views

#PGLMusical

  • Facebook
  • Instagram
  • Black Twitter Icon
  • YouTube

©2020 by Enfiniti (M) Sdn. Bhd. www.enfiniti.com.my

pglthemusical@gmail.com Enfiniti (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia